Wednesday, January 23, 2008

parasaan saya mencipta blog ini

Ini adalah pertama kali saya mencipta sebuah blog dan ia seronok sekali semasa menciptanya terutama membuatnya bersama kawan-kawan.
Bila saya mencipta blog ini saya kurang pasti samada ia mudah atau sukar. Bagi saya, untuk membuat blog agak susah kerana saya tidak sering menggunakan komputer untuk perkara seperti ini. Walaupun begitu saya rasa ia adalah pengalaman yang seronok kerana saya dapat mempelajari perkara baru dan mungkin pengalaman ini boleh menolong saya pada masa hadapan.
Pada pendapat saya, blog bagus kerana ia adalah satu-satunya alat komunikasi di antara guru dan murid. Ia pun sesuatu yang berfaedah jika guru ada berita penting atau tugasan baru untuk sampaikan kepada murid-muridnya dengan segera.
Ada juga keburukannya. Pertama, ada di antara murid-murid yang tidak mempunyai komputer di rumah dan mereka harus menggunakan komputer di sekolah. maknanya mereka harus ke makmal komputer hari-hari untuk memeriksa jika ada apa-apa yang diberi guru. Kedua, ada murid yang tidak periksa blog mereka lalu tidak tahu apa yang guru sudah beri.
Maknanya blog ada kebaikan dan keburukannya. Tetapi bagi saya, secara keseluruhannya, blog itu baik untuk wadah pembelajaran.

Monday, January 21, 2008

blog saya

tulis pengalaman kamu mencipta blog ini. apakah perasaan kamu alami? jelaskan mengapa. apakah pendapat kamu tentang penggunaan blog sebagai wadah pembelajaran?